awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB

Aida Aziz
Aida Aziz
29/12/2022
02:21 MYT
Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB
Saarani berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf sekolah KAFA yang disalurkan melalui peruntukan khas Menteri Besar. - Foto DUN Perak
IPOH: Sebanyak 100,656 orang pelajar Muslim dari sekolah kebangsaan (SK) di negeri ini menyertai Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau yang juga memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC berkata, jumlah berkenaan adalah 88 peratus daripada keseluruhan 114,377 pelajar Muslim di SK di Perak.
Katanya, pelbagai inisiatif dan usaha dilaksanakan bagi memperkasa institusi KAFA, di samping memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikuti kelas tersebut.
"Bagi memastikan tiada murid yang tercicir daripada menyertai kelas KAFA, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif seperti mewujudkan lima kelas KAFA tulen yang dilaksanakan di SK terpilih.
"Ia termasuk SK Seri Selama, SK Ulu Slim, SK Ganda Teluk Intan, SK Dato’ Sagor Kampung Gajah dan SK Sungai Ramai Ayer Tawar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini, hari ini.
Tambah beliau, antara usaha yang diambil bagi mengukuhkan hasrat itu termasuk mengiktiraf sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) sebagai syarat utama permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Negeri.
Selain itu, kempen kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat turut dilaksanakan melalui pelbagai medium untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan KAFA kepada anak-anak.
Ketika menjawab soalan mengenai peruntukan khusus bagi penyelanggaraan dan menaiktaraf kemudahan sekolah-sekolah KAFA, Saarani berkata, ia telah dilaksanakan.
"Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf sekolah KAFA yang disalurkan melalui peruntukan khas Menteri Besar.
"Selain peruntukan pelbagai projek di Pejabat Daerah, di samping itu, pelbagai agensi lain turut menyalurkan bantuan tersebut seperti Majlis Agama Islam dan Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#KAFA
#pendidikan
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan