awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh Kepusatan ASEAN - PM

Bernama
Bernama
04/09/2023
13:28 MYT
Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh Kepusatan ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut delegasi Malaysia ketika tiba di lobi hotel sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2023 Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penyertaan Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di sini akan mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.
Beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di ibu kota Indonesia hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak yang akan bermula esok hingga 7 Sept.
"Platform ini dapat menggalakkan kebersamaan, keamanan dan kestabilan tatkala menopang tantangan dan kebhinekaan (kepelbagaian) evolusi geopolitik serantau yang kian mencabar tika ini," tulisnya di akaun X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Anwar berkata platform itu juga akan digunakan bagi menyatakan hala tuju kerajaan berkaitan isu glokal yang terkait selain menyertai beberapa siri sidang kemuncak dalam mengukuhkan jaringan diplomatik yang sekian lama terjalin dengan rakan-rakan ASEAN.
Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan Rakan Dialog ASEAN antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.
Selain acara rasmi, Perdana Menteri akan bertemu sahabat-sahabat Indonesia dalam 'Program Temu Anwar' yang buat julung kalinya diadakan di luar Malaysia.
"Moga semua yang dirancang dan diatur ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan-Nya, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Kepusatan ASEAN
#rantau Indo-Pasifik
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan