awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Najib mungkin tidak keluar mengundi pada PRN - Nazifuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/07/2023
15:27 MYT
Penyokong Najib mungkin tidak keluar mengundi pada PRN - Nazifuddin
Mohd Nazifuddin berkata semakin ramai penyokong Najib kecewa dengan UMNO selepas melihat tidak ada sebarang keadilan buat bapanya.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas Nooryana Najwa mendakwa penyokong bapanya, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah sudah hilang sabar, kini anak lelaki bekas Perdana Menteri itu pula menyuarakan kebimbangan sama.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nazifuddin, semakin ramai penyokong bekas Presiden UMNO itu kecewa dengan parti itu selepas melihat tidak ada sebarang keadilan buat Najib.
Jika keadaan itu berterusan, Mohd. Nazifuddin menjangkakan penyokong-penyokong bapanya mungkin tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos depan.
“Ianya juga sudah semakin sukar untuk saya menyakinkan mereka seperti diulas oleh adik saya Yana dan dalam ulasan Khairy Jamaluddin dengan Shahril Hamdan minggu lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penyokong Najib akan beralih arah dengan memberi undi kepada pihak lawan pada pilihan raya nanti.
Ini sekali gus ujarnya, memberi kesan signifikan dari segi sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Ramai juga faham bahawa sokongan umum dan sokongan akar umbi terhadap DSN (Najib) adalah besar dan mungkin melebihi sokongan parti," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Nazifuddin percaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedar kemungkinan yang akan berlaku, menyebabkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meminta penyokong Najib untuk terus percaya kepada parti dan menyokong Kerajaan Perpaduan.
Selaku veteran politik, beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedar perkara tersebut dan kemungkinan beliau dan Ahmad Zahid ada perancangan untuk mengatasi isu berkenaan.
"Inilah sebab ada beberapa pemimpin-pemimpin pihak lawan kami daripada parti Bersatu dan Pas turut menyuarakan sokongan mereka kebelakangan ini bagi pembebasan Najib. (Sokongan ini) Dengan harapan bahawa penyokong-penyokong Najib akan memberi undi kepada mereka," katanya.
Nooryana sebelum ini dilapor berkata, ramai penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar, selain mereka juga tidak mudah dipujuk lagi.
Khairy dan Shahril dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Jumaat lalu berpandangan keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam PRN disifatkan sebagai permulaan kepada tamatnya hayat BN.
Sementara, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyeru penyokong Najib agar mengundi calon BN-PH dalam PRN akan datang, kerana ia sebagai satu usaha menyokong bekas Perdana Menteri itu termasuk mendapat keadilan.
Topic Berkaitan
#PRN
#Barisan Nasional
#Keluar Sekejap
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan