Sebahagian ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tekad membuat undi rosak sekiranya kepimpinan PKR kekal dengan keputusan mereka mengugurkan penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Mereka juga mendesak Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada pengundi Balik Pulau kenapa PKR menamakan calon yang disifatkan sebagai orang luar.
"Dia mai (datang) dari mana pun kami tak kenal," kata jurucakap penyokong Yusmadi yang enggan identitinya didedahkan kepada Astro Awani.
Kumpulan penyokong Yusmadi itu yang mendakwa berjumlah lebih 400 orang berhasrat akan mengadakan satu piket di Balik Pulau hari ini.
Mereka percaya, hanya Yusmadi saja yang mampu membawa isu-isu pengundi kawasan itu ke Parlimen.
Anwar pada 6 April lalu mengumumkan aktivis reformasi sejak 1998, yang juga pengurus sumber sebuah syarikat, Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang berasal dari Teluk Kumbar sebagai calon kerusi Parlimen Balik Pulau menggantikan Yusmadi.
"Sebelum ini kita ada saudara Yusmadi. Yusmadi telah menjadi ahli Parlimen yang baik dan saya ucapkan terima kasih atas khidmat dan susah payah dia membawa perubahan.
"Tapi saya ingat sudah sampai ketikanya dia sebagai seorang pemuda kalau dia setuju bagi dia tugas lain di pejabat saya dan di sekretariat pusat (PKR) dan Insya-Allah dalam kerajaan baru," kata Anwar semasa membuat pengumuman itu, seperti dipetik oleh media.
Dalam pada itu, jurucakap kumpulan penyokong Yusmadi itu kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang didakwa mengetepikan hasrat pengundi di akar umbi.
"Memang hak kepimpinan parti (untuk pilih calon), tapi presiden kena ambil tahu siapa yang rakyat mahu (sebagai calon). Presiden kena ambil kira hal rakyat," katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa 300 penduduk Balik Pulau sudah menandatangani petisyen untuk membantah keputusan mengugurkan Yusmadi dan angka itu dijangka bertambah.
Yusmadi, seorang peguam, bertanding kali pertama dalam pilihan raya umum 2008. Beliau menang mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Norraessah Mohamad dengan hanya 708 undi.
Balik Pulau mempunyai 49,751 pengundi dengan 63 peratus daripadanya pengundi Melayu, 32 peratus pengundi Cina dan 4 peratus pengundi India.
Shafizan Johari
Wed Apr 10 2013
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.