awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyulitan data sepenuhnya untuk WhatsApp

Syafique Shuib
Syafique Shuib
06/04/2016
05:03 MYT
Penyulitan data sepenuhnya untuk WhatsApp
Ciri penyulitan data ini terkandung di dalam versi baharu WhatsApp.
APLIKASI mesej WhatsApp tampil dengan enkripsi atau penyulitan data sepenuhnya untuk menjamin tiada maklumat dapat digodam.
WhatsApp menerusi satu kenyataan di laman blognya berkata, hanya anda dan penerima dapat membaca mesej, gambar, fail dan pesanan suara yang dikirim.
“Tiada siapa boleh lihat mesej itu. Bukan penjenayah siber, bukan penggodam, bukan kerajaan rejim dan bukan kami (WhatsApp). Setiap hari kita membaca tentang rekod sensitif yang diakses atau dicuri.
“Jika tiada apa yang dilakukan, lebih banyak maklumat digital dan komunikasi rakyat akan menjadi terdedah kepada serangan (siber),” kata WhatsApp, yang kini mempunyai satu bilion pengguna.
Ciri penyulitan data ini terkandung di dalam versi baharu WhatsApp.
Pada 2015, WhatsApp disekat untuk tempoh 48 jam di Brazil setelah aplikasi itu enggan memberi kerjasama dalam beberapa siasatan jenayah sebelum ini.
“Saya terkejut dengan usaha kami untuk melindungi data pengguna boleh menyebabkan keputusan sebegini oleh seorang hakim dan menghukum setiap pengguna WhatsApp di Brazil,” kata pengasas Facebook Mark Zuckerberg.
Facebook membeli WhatsApp pada 2014.
Topic Berkaitan
#komunikasi
#penyulitan data
#privasi
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan