KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penyumberluaran (outsourcing) pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah afirmatif segera tersebut diambil untuk menangani keadaan luar jangka berhubung kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lembah Klang.
Jelas beliau lagi, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama HKL, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Ketua Perkhidmatan Kepakaran berhubung keperluan penyediaan katil tambahan khususnya katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat peningkatan bilangan pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima yang hadir atau dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma serta ICU khususnya di (HKL).
“Daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya adalah pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.
“Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima antara 60 hingga 70 orang pesakit COVID-19 dalam tempoh sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan kategori lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Bagi pesakit kategori lima, pesakit perlu dirawat di ICU,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Adham berkata kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan akan turut dipertingkatkan.
Ia termasuk alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19.
"Selain itu, memberi penugasan semula (mobilisasi) secara sementara kepada petugas kesihatan (pakar perubatan dan anggota paramedik) dari negeri tertentu bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan bagi merawat pesakit COVID-19.
"Mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir dari Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal (akan diberi vaksinasi terlebih dahulu) bagi membantu petugas kesihatan sedia ada seperti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Manakala, sebahagian anggota jururawat berpengalaman yang ditugaskan di PPV dan Pusat Saringan COVID-19 akan ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM," tambah beliau.
Dalam perkembangan sama, Adham berkata aktiviti penguatkuasaan dan kawalan mengikut sektor tertentu akan dipergiatkan lagi bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Katanya, kerajaan akan melipat gandakan lagi pemberian vaksin daripada sejumlah 250,000 suntikan sehari kepada 300,000 suntikan sehari.
Keupayaan itu berdasarkan perolehan vaksin tambahan dan pembukaan lebih banyak PPV di seluruh negara termasuk PPV Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.
Hasimi Muhamad
Sun Jul 04 2021
Dr Adham berkata kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan yang diperlukan akan turut ditingkatkan - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.