awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang

Bernama
Bernama
18/04/2024
15:02 MYT
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata kaedah penarikan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan situasi semasa aliran trafik pada cuti perayaan baru-baru ini. - Gambar portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
GUA MUSANG: Langkah penyuraian secara penarikan trafik berjaya mengurangkan kesesakan aliran lalu lintas dihadapi perantau yang keluar dari Kelantan menggunakan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dan Jeli-Gua Musang pada Jumaat hingga Ahad lepas.
Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan termasuk Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Gua Musang, Jabatan Pengangkutan Jalan serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata ia dilakukan dengan kaedah menutup laluan bertentangan yang tidak mengalami kesesakan sepanjang lima kilometer dalam tempoh hingga 20 minit bagi membolehkan laluan kenderaan perantau yang sesak menjadi dua lorong.
"Alhamdulillah kita dapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi penguatkuasaan berkenaan dan langkah itu merupakan sebahagian daripada Op Selamat sempena Aidilfitri tahun ini.
Nik Raisnan berkata kaedah penarikan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan situasi semasa aliran trafik pada cuti perayaan baru-baru ini.
"Kami telah menjangkakan berlaku kesesakan berdasarkan pertambahan bilangan kenderaan yang memasuki daerah ini, jadi kita telah membuat perancangan penyuraian supaya perjalanan perantau tidak memberi kesan dan mudarat kepada mereka serta keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Op Selamat
#lalu lintas
#agensi penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan