awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM

Bernama
Bernama
27/01/2025
03:30 MYT
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb  - KPM
Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan STAM 2024. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan berlangsung pada 3 hingga 6 dan 10, 12 serta 13 Feb ini melibatkan 4,507 calon berdaftar.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
"KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang ia berlangsung.
"Selain itu, calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan STAM 2024," menurut kenyataan itu.
KPM juga mengingatkan calon untuk membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan manakala jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my.
Kenyataan itu juga memaklumkan KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan terhadap sebarang kemungkinan termasuk banjir semasa peperiksaan berlangsung, dengan mekanisme dan langkah sewajarnya yang turut melibatkan kerjasama agensi berkaitan telah diambil.
"Calon dinasihatkan untuk memaklumkan pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.
"Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
KPM juga komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur serta mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#STAM
#peperiksaan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan