awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peperiksaan UPKK subjek Adab I dan II, dijadual Rabu ditangguhkan - KP Jakim

Bernama
Bernama
06/10/2015
15:55 MYT
Peperiksaan UPKK subjek Adab I dan II, dijadual Rabu ditangguhkan - KP Jakim
semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu. - Gambar Hiasan
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek ADAB I dan II yang dijadual esok, ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata ia susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan hari ini.
"Maka, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan JAKIM di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu esok, adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini, mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa esok kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Setakat 7 malam ini, bacaan IPU dicatatkan di Langkawi ialah 158.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#KAFA
#Othman Mustapha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan