awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraduan "2013 AirAsia High 5 Bonus Khas" adalah satu penipuan

Aizat Sharif
Aizat Sharif
19/09/2013
09:45 MYT
Peraduan "2013 AirAsia High 5 Bonus Khas" adalah satu penipuan
Kebelakangan ini, pengguna internet kerap dihujani dengan pelbagai mesej e-mel yang mendakwa mereka telah memenangi sebuah peraduan loteri yang kononnya dianjurkan oleh syarikat penerbangan seperti Air Asia dan juga Firefly.
Dalam setiap e-mel yang diterima oleh pengguna itu menyatakan bahawa mereka telah memenangi peraduan loteri seperti “2013 AirAsia High 5 Bonus Khas” dan juga “September 2013 Big Apple Program Promosi Ulang Firefly” dan wang sebanyak RM300,000 dan USD110,000 (RM355,710,000) telah diluluskan untuk diberi kepada pemenang yang menerima e-mel tersebut.
Dalam kedua-dua “peraduan” ini juga alamat perniagaan AirAsia dan FireFly “beroperasi” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Pengarah Jabatan Siasatan Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pengguna Internet dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan e-mel yang dianggap sebagai “indah khabar dari rupa”.
“Ini merupakan perlakuan jenayah penipuan atas talian atau dikenali sebagai ‘phishing’ dimana mereka (mangsa) akan diminta menyerahkan butiran peribadi itu ketika menjalankan urusan perbankan di bank dan untuk kes seumpama ini kita lagi masih menyiasat penglibatan-penglibatan sindiket ini,” katanya.
Menurutnya, ada antara sindiket ini beroperasi di luar negara menggunakkan taktik yang sama.
Sementara itu, Air Asia dalam kenyataan bertulisnya kepada Astro AWANI menyatakan bahawa organisasi mereka tidak ada dan tidak pernah menganjurkan apa-apa jua program atau permainan berbentuk loteri dan orang awam yang ada menerima e-mel tersebut diminta tidak sesekali mempercayainya kerana ianya merupakan satu penipuan.
Jurucakap Air Asia menyatakan mereka kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah tersebut kerana perbuatan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini jelas menjejaskan reputasi mereka.
Topic Berkaitan
#air asia
#Firefly
#Kota Kinabalu penipuan
#loteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan