awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perahu karam: Dua pemancing hilang di pedalaman Sarawak

Bernama
Bernama
16/08/2020
14:19 MYT
Perahu karam: Dua pemancing hilang di pedalaman Sarawak
Dua orang pemancing hilang sejak Sabtu malam selepas perahu mereka karam di sebatang sungai di Long Aton, kawasan pedalaman kira-kira 235 kilometer dari bandar Marudi, di utara Sarawak. - Gambar hiasan
Dua orang pemancing hilang sejak Sabtu malam selepas perahu mereka karam di sebatang sungai di Long Aton, kawasan pedalaman kira-kira 235 kilometer dari bandar Marudi, di utara Sarawak, menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri hari ini.
Jurucakap pusat gerakan itu berkata mangsa, Eduin Jala, 47, dan Franky Setiawan Jena, 14, dikatakan hanyut dan hilang dibawa arus deras selepas perahu yang dinaiki mereka bersama-sama tiga orang lagi rakan terlanggar batu dan karam di sungai berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam.
"Tiga lagi mangsa kejadian itu telah berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.45 malam dan berikutan lokasi kejadian yang terletak agak jauh ke pedalaman dan melalui jalan pembalakan, sepasukan empat anggota dari balai itu hanya dapat tiba kira-kira pukul 5.10 petang tadi.
Sebelum pasukan itu tiba, operasi pencarian awal telah dijalankan bermula pukul 6.30 pagi tadi melibatkan kakitangan Sekolah Kebangsaan Long Aton, selain sekumpulan penduduk dari Kampung Long Aton dan Kampung Long Nuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#GERAKAN
#hilang
#karam
#mangsa
#operasi
#pusat gerakan operasi
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan