MALAYSIA
Perak antara pengeluar durian utama negara pada 2024 - Saarani
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pencapaian itu sekali gus menyumbang kepada ekonomi agromakanan negara selain membuktikan keupayaan Perak dalam pasaran eksport durian. - foto BERNAMA
LARUT: Perak muncul antara negeri pengeluar utama durian di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 59,217.3 tan metrik bernilai RM462.28 juta pada 2024.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pencapaian itu sekali gus menyumbang kepada ekonomi agromakanan negara selain membuktikan keupayaan Perak dalam pasaran eksport durian.
Saarani berkata Malaysia telah mengeksport durian yang dihasilkan Perak ke lebih 41 negara antara 2017 hingga 2023, menyaksikan 73 peratus nilai eksport tertumpu ke China.
"Pada 2022 nilai eksport durian Malaysia mencecah RM1.14 bilion, termasuk RM887 juta ke China malah permintaan terhadap varieti seperti Musang King, Black Thorn, D24, IOI serta durian kampung premium dari Perak terus meningkat.
"Selain itu, Topone Solution Sdn Bhd (TSSB) berjaya mengeksport 30 kontena durian bernilai RM20 juta pada 2024, termasuk lima kontena durian kampung bernilai RM1 juta serta 100 tan metrik pes durian kampung bernilai RM5.25 juta," katanya.
Saarani berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Durian Fest Peringkat Negeri Perak 2025 di Dataran Selama di sini hari ini.
Beliau berkata eksport sulung durian segar Malaysia ke China bermula pada 24 Ogos 2024, melibatkan 413.61 tan metrik (RM24.84 juta), berikutan perjanjian fitosanitari antara Malaysia dan China selepas kelulusan rasmi diperoleh pada Jun tahun lepas.
"Sejak itu, durian Malaysia menembusi 16 wilayah utama China dan mendapat sambutan luar biasa sebagai produk eksotik premium malah durian kampung Perak semakin dikenali di peringkat global.
"Nilai eksport durian Malaysia dijangka meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang 2030 dengan pertumbuhan antara 20 hingga 25 peratus setahun dipacu oleh kemajuan dalam logistik, teknologi rantaian sejuk beku dan inovasi produk hiliran," katanya.
Tumpuan kini adalah membuka laluan lebih luas untuk durian kampung premium dari Perak menembusi pasaran antarabangsa melalui pendekatan penjenamaan, pensijilan kualiti dan pemasaran digital.
"Durian Perak turut mendapat permintaan dari Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Australia dengan harga durian kampung Malaysia mencecah RM29 bagi 600 gram, manakala Musang King dijual hingga RM400 untuk 2.5 kilogram (kg).
"Malah, ada usahawan tempatan yang semakin agresif memperkenalkan produk inovatif berasaskan durian seperti coklat durian, kopi durian, kek durian, sambal tempoyak segera dan ais krim durian yang turut dipasarkan ke China," katanya.
-- BERNAMA