IPOH: Isu berhubung notis pengusiran yang diberikan kepada beberapa tokong yang beroperasi di dalam gua di sekitar daerah Kinta akan dibincangkan bersama beberapa jabatan dan agensi berkaitan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu perbincangan bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pegawai Daerah Kinta diadakan hari ini sebelum mengadakan pertemuan bersama pihak pembangkang esok.
"Kemudian, saya akan bawa perkara sama dalam mesyuarat Exco pada hari Rabu untuk mendapatkan pandangan dan selepas itu kita akan maklumkan apakah tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di sini hari ini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Semalam, media melaporkan pihak pengurusan Kuil Nam Thean Tong di Gunung Rapat di sini menerima notis Pejabat Tanah Daerah Kinta pada Jumaat lepas supaya mengosongkan gua berkenaan dalam tempoh 30 hari.
Kuil yang terletak di dalam gua berkenaan dikatakan berusia 155 tahun dan merupakan satu daripada lokasi yang kerap dikunjungi serta terletak bersebelahan Kuil Sam Poh Tong yang merupakan destinasi pelancongan popular.
Difahamkan, sebanyak 19 kuil lain di dalam beberapa gua di sini yang merupakan tanah kerajaan turut diberikan notis sama dan bakal berdepan tindakan.
Sementara itu, ditanya mengenai isu penggulungan syarikat PCB Development Sdn Bhd (PCBD) yang merupakan anak syarikat Perak Corporation Berhad (PCB), Saarani berkata perkara itu berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
Katanya, sebarang keputusan ditentukan oleh syarikat yang berada dalam senarai Bursa Malaysia dan kerajaan negeri tidak mengalami kerugian kerana tidak terlibat dalam pelaburannya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata langkah penggulungan syarikat tersebut adalah keputusan bijak oleh pihak pengurusan kerana tindakan itu bagi menjimatkan perbelanjaan syarikat induk iaitu PCB.
"Kita mesti faham yang ditutup ini adalah syarikat sendirian berhad di bawah PCB. Anak syarikat yang ditutup untuk menjimatkan perbelanjaan syarikat utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022

Saarani berkata satu perbincangan bersama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pegawai Daerah Kinta diadakan hari ini sebelum mengadakan pertemuan bersama pihak pembangkang esok. - Gambar fail

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

Perak bincang isu notis pengusiran tokong dibina dalam gua
Isu berhubung notis pengusiran yang diberikan kepada beberapa tokong yang beroperasi di dalam gua di sekitar daerah Kinta akan dibincangkan bersama beberapa jabatan dan agensi berkaitan.