awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak catat 29 kes keracunan metanol dengan 16 kematian

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/07/2019
09:30 MYT
Perak catat 29 kes keracunan metanol dengan 16 kematian
Sivanesan (kiri) semasa terlibat dalam operasi memeriksa premis memproses alkohol dan todi di sekitar Ipoh dan Batu Gajah, hari ini. - Astro AWANI
Perak mencatatkan 29 kes keracunan metanol dengan 16 kematian sejak April hingga 7 Julai tahun ini.
Pada masa sama, Jabatan Kesihatan telah mengambil 28 sampel klinikal daripada 465 premis yang diperiksa, dan lima daripada sampel berkenaan didapati positif bahan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A Sivanesan berkata, daripada 29 kes keracunan itu, 19 dinotifikasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, empat di Hospital Taiping, tiga di Hospital Teluk Intan dan masing-masing satu di Hospital Seri Manjung, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.
"Bilangan notis kesalahan yang dikeluarkan ialah sebanyak 18, bilangan rampasan sebanyak 2,164 dan jumlah nilai rampasan RM10,297.50," tambahnya ketika ditemui selepas memeriksa dua premis memproses alkohol dan todi di Ipoh dan Batu Gajah, hari ini.
BACA: Premis proses todi berusia 30 tahun diarah tutup sementara
Sementara itu, daripada 16 kes kematian yang dilaporkan, 11 melibatkan warga Malaysia, lima warga asing.
Sivanesan berkata, penguatkuasaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa melalui maklumat daripada orang ramai ataupun yang diperolehi pihak berkuasa sendiri.
Topic Berkaitan
#A Sivanesan
#alkohol
#Batu Gajah
#kematian
#keracunan
#metanol
#notis kesalahan
#pemeriksaan
#penguatkuasaan
#Perak
#premis memproses alkohol
#Pusing
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan