awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/02/2024
02:20 MYT
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Persidangan DUN Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. --fotoBERNAMA
IPOH: Kerajaan negeri Perak berjaya menutup akaun dengan surplus untuk dua tahun berturut-turut pada 2022 dan 2023.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Titah baginda, tahun lalu, Perak merekodkan kutipan RM1.21 bilion, kutipan hasil tertinggi yang pernah diperoleh di negeri itu, sekali gus mengatasi tujuh peratus sasaran RM1.13 bilion yang diunjurkan.
“Kutipan hasil yang tinggi serta status kewangan surplus dicapai melalui tadbir urus kewangan yang cekap dan kaedah kutipan hasil yang berkesan,” titah baginda pada istiadat pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak Kelima Belas di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Sultan Nazrin bertitah, apa juga hasil negeri yang diperoleh akan dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.
Menurut baginda, kedudukan kewangan yang kukuh, telah mengupayakan kerajaan negeri Perak membentangkan belanjawan negeri tertinggi dalam sejarah.
“Dewan ini, telah meluluskan peruntukan belanjawan RM1.4 bilion bagi tahun 2024; RM865 juta belanja mengurus, dan RM491 juta belanja pembangunan.
“Semoga kerajaan beta terus meningkatkan usaha menambahkan hasil, di samping mengamalkan langkah belanja berhemah dengan mengamalkan budaya berjimat cermat serta budaya tidak membazir,” tambah baginda.
Baginda memberitahu, Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 telah memperuntukkan RM1.59 bilion pada 2023 untuk membiayai pelbagai projek pembangunan di Perak.
Menurut baginda, daripada jumlah tersebut, RM1.34 bilion atau 84 peratus telah dibelanjakan sepanjang tahun 2023.
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#surplus
#ekonomi Perak
#Kerajaan Negeri Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan