MALAYSIA
Perak rancang pertingkat sumber makanan semula jadi harimau belang untuk elak ancaman
Teh berkata peningkatan kehadiran harimau di kawasan tertentu turut mencerminkan keberkesanan usaha konservasi yang dilaksanakan sejak sekian lama namun ia perlu diseimbangkan dengan pengurusan habitat dan keselamatan awam. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Kerajaan Negeri Perak sedang merancang untuk meningkatkan sumber makanan semula jadi harimau belang bagi memastikan spesies dilindungi itu tidak menghampiri kawasan pinggiran hutan atau penempatan penduduk.
Ringkasan AI
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata usaha itu dilihat penting bagi mengekang konflik antara manusia dengan hidupan liar yang dilaporkan berlaku di beberapa daerah khususnya Kinta.
"Usaha untuk memperbanyak sumber makanan khususnya bagi harimau belang ini sedang dirancang bersama beberapa pihak termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
"Kita nak pastikan rantaian makanannya tidak terganggu dan pada masa yang sama, dapat mengelak daripada haiwan pemangsa ini bergerak jauh hingga ke pinggiran hutan dan penempatan penduduk untuk memburu makanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Pengumuman Mengenai Larangan Pemberian Beg Jinjit Sekali Guna di Aeon Big Falim di sini hari ini.
Pada 11 Jan lepas, seekor harimau belang jantan berusia dua tahun digelar "Yob Kinding" berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor.
Sehari sebelum itu, seekor harimau kumbang jantan ditangkap selepas memasuki perangkap di Bukit Bangkong.
Dalam pada itu, Teh berkata peningkatan kehadiran harimau di kawasan tertentu turut mencerminkan keberkesanan usaha konservasi yang dilaksanakan sejak sekian lama namun ia perlu diseimbangkan dengan pengurusan habitat dan keselamatan awam.
"Ini antara usaha yang telah kita dilaksanakan sejak 10 tahun lepas, dan kehadirannya di beberapa kawasan menunjukkan kejayaan daripada konservasi yang kita lakukan sebelum ini.
"Cuma, ia memerlukan pemantauan rapi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Perak merancang untuk meningkatkan sumber makanan harimau belang bagi mengelakkan konflik dengan manusia di kawasan pinggiran hutan atau penempatan penduduk.
- Usaha ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak untuk memastikan rantaian makanan harimau tidak terganggu dan mengelakkan haiwan ini meresap ke kawasan penduduk.
- Peningkatan kehadiran harimau di sesetengah kawasan mencerminkan kejayaan usaha konservasi sebelum ini, namun perlu diselaraskan dengan pengurusan habitat dan keselamatan awam untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.