awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak teliti impak pelaksanaan skim tak berpencen penjawat awam

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
05:16 MYT
Perak teliti impak pelaksanaan skim tak berpencen penjawat awam
Saarani berkata, ketika ini perjawatan di peringkat negeri turut merangkumi mereka yang berjawatan tetap dan berpencen serta kakitangan kontrak.- Foto Sinar Harian
IPOH: Kerajaan Perak akan meneliti impak pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu kepada perjawatan di peringkat negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini perjawatan di peringkat negeri turut merangkumi mereka yang berjawatan tetap dan berpencen serta kakitangan kontrak.
"Pada saya ini perkara baharu, kalau boleh saya nak baca dan hadam dahulu keputusan yang dibuat Kabinet itu.
"Apapun kerajaan negeri akan meneliti untuk melihat kesannya kepada sistem pentadbiran negeri," katanya dalam sidang akhbar sempena sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.
Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Kabinet telah bersetuju dengan ketetapan itu dan satu pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Menerusi ketetapan itu, status berpencen penjawat awam tetap sedia ada tidak akan terjejas, sementara penjawat awam baharu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang tahun 2040 jumlah saraan pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda akan mencecah RM120 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Saarani berkata, cadangan pelaksaan skim itu pernah dibincangkan kerajaan sebelum ini.
"Ia bukanlah tiba-tiba kerajaan ini (laksanakan) dan saya pasti (keputusan Kabinet) ada rasionalnya tersendiri," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Perak
#Saarani Mohamad
#penjawat awam
#skim tidak berpencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan