MALAYSIA
Peranan CAAM kritikal, bantu perkukuh industri penerbangan Malaysia - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berucap pada Majlis Pelancaran The New CAAM "A Transformation for Safer Skies" hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Proses transformasi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah cerminan komitmen Malaysia untuk memperkukuh sektor penerbangan melalui sebuah badan pengawal selia yang moden, bebas dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, proses tersebut juga tepat pada masanya ketika negara sedang dalam persiapan untuk fasa seterusnya dalam pertumbuhan penerbangan.
Anthony berkata, Malaysia telah menetapkan matlamat untuk memperkukuh kedudukan sebagai hab penerbangan dan aeroangkasa utama Asia Tenggara, menarik pemain global dalam bidang pembuatan dan MRO.
Selain itu ia juga sedang bersedia untuk pencapaian besar seperti Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Inisiatif-inisiatif ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan badan pengawal selia. Identiti baharu CAAM adalah simbol kesediaan ini untuk menyokong dasar negara, berinteraksi dengan pihak berkepentingan dan memastikan bahawa penerbangan di Malaysia berkembang dengan cara yang selamat, mampan dan inklusif.
“Selaras dengan perkembangan global, kita juga mesti menerima prinsip kemampanan. Malaysia telah pun menyatakan komitmen terhadap aspirasi jangka panjang ICAO untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, dan kita sedang melaksanakan Rangka Tindakan Penyahkarbon Penerbangan Malaysia,” katanya lagi.
Anthony berkata demikian sewaktu berucap Majlis Pelancaran Logo Korporat Baharu CAAM di Putrajaya, pada Rabu.
Dalam pada itu beliau berkata, ketika sektor penerbangan melangkah ke era pendigitalan, sistem pesawat udara tanpa pemandu dan teknologi baharu, rangka kerja peraturan mesti turut berkembang.
“CAAM perlu terus menyediakan pengawasan yang menggalakkan inovasi sambil memastikan tahap keselamatan dan sekuriti yang tertinggi.
“Kepada para pemegang taruh industri yang hadir, saya menyeru agar anda terus bekerjasama erat dengan CAAM. Kejayaan sektor penerbangan kita bergantung kepada kolaborasi, kepercayaan dan komitmen bersama terhadap kecemerlangan.
“Tuan-tuan dan puan-puan, identiti korporat baharu ini bukan sekadar penampilan baharu bagi CAAM, tetapi ia adalah satu janji baharu: bahawa langit Malaysia akan kekal selamat, sektor penerbangan kita akan terus kukuh, dan masa depan kita dalam arena penerbangan global akan terjamin,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Transformasi CAAM mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh sektor penerbangan melalui badan pengawal selia moden, bebas dan selaras dengan amalan antarabangsa.
- Malaysia bersedia menjadi hab penerbangan dan aeroangkasa utama Asia Tenggara, selaras dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
- CAAM akan terus menyokong inovasi dan keselamatan, termasuk penerimaan prinsip kemampanan dan teknologi baharu seperti pesawat tanpa pemandu serta rangka kerja penyahkarbon menjelang 2050.