MALAYSIA
Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serlah kedudukan di pentas antarabangsa - Penganalisis
Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005, 2015 dan 2025 - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini berjaya menyerlahkan kedudukan negara di pentas antarabangsa menerusi strategi kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan prinsip neutraliti tanpa mengenepikan kuasa-kuasa besar dunia yang sering bertelagah.
Ringkasan AI
Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Azmi Hassan berpandangan, Malaysia dilihat berjaya mengimbangi kepentingan kuasa besar dunia dalam menangani isu serantau, termasuk konflik di Laut China Selatan dan perselisihan antara negara anggota ASEAN.
Mengambil contoh isu Laut China Selatan, beliau berkata persaingan pengaruh antara China dan Amerika Syarikat (AS) diakui memberi kesan langsung terhadap kestabilan rantau ini.
Bagaimanapun, Malaysia tidak mengenepikan peranan dua kuasa besar itu dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan serantau, ujarnya.
"Jadi itu yang dikatakan bahawa salah satu sebab tiba-tiba mengapa Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk hadir Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini dan Presiden China, Xi Jinping juga sudah lama (mengesahkan) akan turut hadir.
"Ini dikatakan sesuatu yang agak menarik kerana dua kuasa besar yang bertelingkah ini bukan sahaja hal Laut China Selatan, tetapi dalam hal perang dagang.
"Perjumpaan sisi kedua-dua pemimpin besar ini dikatakan boleh melonjakkan Malaysia di pentas antarabangsa sebagai negara yang berkecuali, serta negara yang boleh menjadi perantara dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Azmi menambah, lebih menarik Presiden Rusia, Vladimir Putin kemungkinan akan turut hadir pada sidang kemuncak berkenaan, sekali gus berpotensi membuka ruang kepada rundingan lanjutan berhubung konflik Ukraine-Rusia.
Jelas beliau, situasi tersebut akan meletakkan Malaysia dan ASEAN pada kedudukan penting sebagai platform diplomasi global.
"Jadi, dalam hal ini dikatakan Malaysia telah menggunakan jawatan sebagai Pengerusi ASEAN, agar ASEAN sebagai organisasi yang perlu dihormati, dan Pengerusi ASEAN telah membawanya ke satu peringkat yang lebih tinggi di pentas antarabangsa.
"Ini bukan saja menunjukkan ASEAN mampu menyelesaikan masalah dalaman, tetapi juga melonjak keluar dari ASEAN," tambah beliau.
Selain itu, beliau berpandangan ketokohan dan gabungan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negara ini, termasuk dari segi ekonomi.
Katanya, sikap neutral Malaysia menjadikan negara ini lebih dipercayai oleh kuasa besar untuk menjalin kerjasama, sekali gus membuka peluang meneroka pasaran baharu di Amerika Latin, Afrika dan Eropah.
"Ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengusaha Malaysia, tapi juga pengusaha ASEAN dalam meneroka pasaran-pasaran baharu.
"Bila kita tidak menyebelahi mana-mana kuasa besar dan kuasa besar itu mempercayai kita, bukan sahaja dalam hal geopolitik tetapi juga dalam aspek ekonomi," ujarnya.
Malaysia menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN daripada Laos.
Ia kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Ringkasan AI
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berjaya menyerlahkan peranan diplomatiknya melalui pendekatan neutral yang tidak memihak kepada kuasa besar seperti AS dan China, sambil tetap melibatkan mereka dalam isu serantau seperti Laut China Selatan.
- Kehadiran pemimpin dunia seperti Donald Trump, Xi Jinping dan kemungkinan Vladimir Putin ke Sidang Kemuncak ASEAN menunjukkan keyakinan global terhadap Malaysia sebagai perantara yang dipercayai dalam konflik geopolitik dan ekonomi.
- Gabungan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Luar membuka peluang ekonomi baharu di Amerika Latin, Afrika dan Eropah, serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemacu kestabilan dan kerjasama serantau.
Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Azmi Hassan berpandangan, Malaysia dilihat berjaya mengimbangi kepentingan kuasa besar dunia dalam menangani isu serantau, termasuk konflik di Laut China Selatan dan perselisihan antara negara anggota ASEAN.
Mengambil contoh isu Laut China Selatan, beliau berkata persaingan pengaruh antara China dan Amerika Syarikat (AS) diakui memberi kesan langsung terhadap kestabilan rantau ini.
Bagaimanapun, Malaysia tidak mengenepikan peranan dua kuasa besar itu dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan serantau, ujarnya.
"Jadi itu yang dikatakan bahawa salah satu sebab tiba-tiba mengapa Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk hadir Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini dan Presiden China, Xi Jinping juga sudah lama (mengesahkan) akan turut hadir.
"Ini dikatakan sesuatu yang agak menarik kerana dua kuasa besar yang bertelingkah ini bukan sahaja hal Laut China Selatan, tetapi dalam hal perang dagang.
"Perjumpaan sisi kedua-dua pemimpin besar ini dikatakan boleh melonjakkan Malaysia di pentas antarabangsa sebagai negara yang berkecuali, serta negara yang boleh menjadi perantara dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Azmi menambah, lebih menarik Presiden Rusia, Vladimir Putin kemungkinan akan turut hadir pada sidang kemuncak berkenaan, sekali gus berpotensi membuka ruang kepada rundingan lanjutan berhubung konflik Ukraine-Rusia.
Jelas beliau, situasi tersebut akan meletakkan Malaysia dan ASEAN pada kedudukan penting sebagai platform diplomasi global.
"Jadi, dalam hal ini dikatakan Malaysia telah menggunakan jawatan sebagai Pengerusi ASEAN, agar ASEAN sebagai organisasi yang perlu dihormati, dan Pengerusi ASEAN telah membawanya ke satu peringkat yang lebih tinggi di pentas antarabangsa.
"Ini bukan saja menunjukkan ASEAN mampu menyelesaikan masalah dalaman, tetapi juga melonjak keluar dari ASEAN," tambah beliau.
Selain itu, beliau berpandangan ketokohan dan gabungan kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat negara ini, termasuk dari segi ekonomi.
Katanya, sikap neutral Malaysia menjadikan negara ini lebih dipercayai oleh kuasa besar untuk menjalin kerjasama, sekali gus membuka peluang meneroka pasaran baharu di Amerika Latin, Afrika dan Eropah.
"Ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengusaha Malaysia, tapi juga pengusaha ASEAN dalam meneroka pasaran-pasaran baharu.
"Bila kita tidak menyebelahi mana-mana kuasa besar dan kuasa besar itu mempercayai kita, bukan sahaja dalam hal geopolitik tetapi juga dalam aspek ekonomi," ujarnya.
Malaysia menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN daripada Laos.
Ia kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

#ASEAN 2025
#Pengerusi ASEAN 2025
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#Laut China Selatan
#Xi Jinping
#Vladimir Putin
#sidang kemuncak