awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis boleh jadi penanda aras tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik - Fadillah

Bernama
Bernama
13/05/2025
23:50 MYT
Perancis boleh jadi penanda aras tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik - Fadillah
Fadillah (tiga, kiri) berada di Perancis bagi menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa dan agensi utama yang terbabit dalam kawal selia, tadbir urus serta R&D teknologi nuklear. - Foto Facebook Fadillah
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadikan Perancis sebagai contoh dan penanda aras dalam mempertimbangkan opsyen tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kejayaan Perancis membangunkan 57 loji janakuasa nuklear yang membekalkan hampir 70 peratus tenaga elektrik negara itu, wajar dijadikan rujukan.
Beliau kini berada di negara berkenaan bagi menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa dan agensi utama yang terbabit dalam kawal selia, tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi nuklear.
“Sesi ini telah memberi peluang untuk memahami peranan dan fungsi penting institusi berkaitan kawal selia dan tadbir urus nuklear di Perancis, selain program dan perkhidmatan sokongan kepada negara yang berminat melaksanakan program nuklear.
“Antaranya termasuk sokongan kepada negara baharu (EDF), pembangunan kapasiti sumber manusia (I2EN), sokongan kejuruteraan (Assystem), kerangka kawal selia (ASNR), pengurusan sisa (ANDRA) serta R&D dan inovasi (CEA),” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.
Paris | 13 Mei 2025 | Selasa Hari ini saya turut menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama-sama dengan pihak berkuasa dan agensi utama di Perancis yang bertanggungjawab terhadap kerangka kawal selia dan tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan teknologi, kepakaran dan modal pic.twitter.com/LiOO65PklR
— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) May 13, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#Fadillah Yusof
#tenaga elektrik
#tenaga nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami