awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Israel-Gaza masuk hari kedua, 25 maut, 215 cedera

Bernama
Bernama
07/08/2022
04:33 MYT
Perang Israel-Gaza masuk hari kedua, 25 maut, 215 cedera
Petugas kesihatan merawat seorang kanak-kanak yang cedera di Hospital al-Najar susulan serangan udara Israel ke atas bangunan yang didiami keluarganya di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, 6 Ogos 2022. (Foto AP)
GAZA: Sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh manakala 215 lagi cedera dalam perang antara Israel dan Jihad Islam Palestin (PIJ) yang memasuki hari kedua.
Mangsa yang terkorban termasuk enam kanak-kanak dan dua wanita, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tentera udara Israel mensasarkan sebuah kediaman di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada malam Sabtu, hingga mengorbankan dua rakyat Palestin dan mencederakan lebih 30 yang lain, anggota keselamatan Palestin memberitahu Xinhua.
Jurucakap tentera Israel Avichai Adraee berkata dalam satu kenyataan bahawa serbuan itu mensasarkan komander briged selatan PIJ Khaled Mansour.
PIJ mengumumkan seorang anggotanya Ziad Al Mudallal terbunuh dalam serangan itu tetapi tiada kenyataan dikeluarkan mengenai Mansour.
BACA: Serangan Israel: 25 maut termasuk 6 kanak-kanak
Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh manakala 15 lagi cedera akibat serangan di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza pada malam Sabtu, menurut sumber Palestin.
Israel menafikan pihaknya bertanggungjawab terhadap serangan itu, dan mendakwa roket milik PIJ menyebabkan "pembunuhan tragis kanak-kanak" di Jabaliya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Israel-Gaza
#kanak-kanak terbunuh
#Palestin
#komander briged selatan PIJ Khaled Mansour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan