NATIONAL
Perang judi haram... siapa yang terasa, terasalah - Musa

Perang judi haram...siapa yang terasa,terasalah - Gambar fail
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua anggota yang terlibat di dalam pasukan elit khas untuk memerangi judi efisien di dalam tanggungjawab yang akan diberi kelak.
Ujarnya, kejayaan pasukan itu dapat menghapus persepsi masyarakat sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap amanah berkenaan.
Di dalam laman sosial Tweetnya, Musa menasihatkan pihak berkuasa supaya tidak merosakkan undang-undang yang digubal untuk menjamin keselamatan negara.
Ujarnya, ketegasan setiap anggota di dalam setiap kes harus diberi tempat utama selain nilai-nilai integriti yang tidak boleh diganggu-gugat dengan sebarang anasir negatif yang bakal menghancurkan institusi keselamatan itu sendiri.
Katanya, pasukan itu juga akan mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi.
Tambah Zahid, skuad itu akan ditubuhkan sebaik sahaja kementeriannya mencapai persetujuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam soal pelantikan keanggotaannya.
Musa turut melahirkan harapan penubuhan skuad ini dapat memberi 'sengat' baru kepada pasukan keselamatan negara.
`"Siapa yang terasa...terasalah,"
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami