MALAYSIA
Perang kenderaan lebih muatan, JPJ sita 28 lori
Muhammad Kifli menegaskan, semua lori yang didapati membawa muatan melebihi 50 peratus daripada had dibenarkan akan disita dan diserahkan kepada APAD untuk proses pelucuthakan. - Gambar fail
PASIR MAS: Sebanyak 28 lori disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan membawa muatan melebihi 50 peratus daripada had dibenarkan, dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan Operasi "Perang Lebih Muatan Kenderaan Perdagangan" di seluruh negara, bermula 14 Okt hingga 31 Dis ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata pada hari pertama operasi dilancarkan, sebanyak 10 pemandu lori ditahan kerana membawa muatan berlebihan, diikuti 15 kes pada hari kedua dan tiga kes pada hari ketiga.
"JPJ berpandangan penurunan ini belum mencerminkan perubahan sikap menyeluruh dalam kalangan pengusaha dan pemandu lori yang masih berdegil," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi di Kampung Kasar di sini hari ini.
Beliau menegaskan, semua lori yang didapati membawa muatan melebihi 50 peratus daripada had dibenarkan akan disita dan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk proses pelucuthakan, selaras dengan arahan tegas Menteri Pengangkutan.
Muhammad Kifli berkata sepanjang operasi dijalankan, JPJ turut mengesan beberapa tindakan sabotaj dan perlakuan tidak bertanggungjawab oleh pemandu lori atas arahan pemilik syarikat, antaranya kejadian membuang muatan secara haram di tepi jalan dan mematikan enjin serta sistem GPS ketika berada di atas jalan raya hingga menyebabkan gangguan trafik.
"Tindakan sebegini bukan sahaja menjejaskan kelancaran lalu lintas malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu atau pengusaha yang melakukan perbuatan seperti ini.
"Kita akan menyerahkan laporan kepada APAD untuk membatalkan atau menggantung permit pengusaha yang mengarahkan pemandu membuang muatan atau mematikan GPS semasa operasi dijalankan," katanya/
Bagi pemandu pula, beliau berkata Lesen Vokasional GDL boleh digantung sekiranya mereka enggan memberi kerjasama, mematikan enjin, membuang muatan atau cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.
Muhammad Kifli berkata antara kes berbahaya yang direkodkan termasuk kejadian di Negeri Sembilan apabila seorang pemandu membuang muatan batu di tengah jalan dan insiden di Kuala Lumpur membabitkan pemandu memberhentikan lori serta mematikan GPS di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan teruk.
"Pemandu seperti ini boleh dianggap 'kurang ajar' kerana bukan sahaja menghalang tugas anggota JPJ, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. Mereka telah dikenakan tindakan penggantungan lesen GDL," katanya.
-- BERNAMA