BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah meminta bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang didakwa dijadikan tebusan oleh Hamas semasa pertempuran Palestin-Israel.
Jurucakap kerajaan, Chai Watcharong berkata Srettha yang dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu membangkitkan isu warganegaranya yang diculik ketika bertemu dengan Anwar di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
"Oleh itu, beliau meminta bantuan daripada Malaysia kerana hubungan baik mereka dengan pihak Palestin.
"Perdana menteri (Srettha) bimbang mengenai keselamatan tebusan warganegara Thailand. Ia adalah isu keselamatan yang sensitif. Kami tidak akan mendedahkan butirannya," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Rabu, Kementerian Luar Thailand mendakwa seramai 14 warganya telah dijadikan tebusan sejak 7 Okt. Kira-kira 20 warga Thailand juga dikhuatiri terbunuh dalam pertempuran itu.
Thailand juga meminta bantuan Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Qatar untuk memudahkan rundingan bagi pembebasan mereka.
Media tempatan melaporkan Menteri Pertahanan Sutin Klungsang berkata semua rakyat Thailand yang dijadikan sebagai tebusan dilaporkan selamat.
Kira-kira 30,000 rakyat Thailand bekerja di sektor pertanian Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Srettha membangkitkan isu warganegaranya yang diculik ketika bertemu dengan Anwar ketika lawatan kerja dua hari ke Malaysia. - Gambar/ Bernama
Pam rosak, lebih 40,000 pemegang akaun air terjejas
Gangguan elektrik itu menyebabkan dua daripada tiga pam di situ terjejas hingga menyebabkan bekalan air terputus.
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik.
Pelajar cedera ditikam rakan dengan pisau
Mangsa telah ditikam oleh suspek di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau.
Pelancongan domestik Malaysia melonjak 19 peratus, rekod 58.6 juta pelancong
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan Survei Pelancongan Domestik Malaysia (DTS) 2023 yang merekodkan lonjakan 19 peratus dalam angka pelancongan domestik.
Ekonomi negara lebih berdaya tahan - CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U' berikutan tekanan daripada pihak berkepentingan mahupun kumpulan politik.
Teruskan penyasaran subsidi bahan api, ekonomi negara lebih berdaya tahan - CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U'.
[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi di Subang Bistari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi di Subang Bistari.
Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
Pasukan itu komited untuk melaksanakan "pengunduran sepenuhnya [pasukan Israel] dari Semenanjung Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula Gaza."
Majlis Keselamatan PBB lulus rancangan gencatan senjata Israel-Gaza oleh AS
Resolusi tersebut diterima dengan 14 undi menyokong, tiada undi menentang dan satu undi berkecuali oleh Rusia.
Dunia berdiri di sebalik gencatan senjata, pembebasan tebusan di Gaza, kata AS kepada Israel
Setiausaha Negara AS tegaskan gencatan senjata dan pembebasan tebusan akan buka kemungkinan perdamaian di sepanjang sempadan utara Israel.
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.