Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

Peranti Android, iPhone kini boleh hantar fail guna AirDrop, QuickShare

Astro Awani 21/11/2025 | 06:45 MYT
Ciri baharu ini membolehkan pengguna berkongsi fail seperti gambar, video dan dokumen tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga. -Foto Amanz
PENANTIAN hampir dua dekad untuk penghantaran fail secara langsung antara peranti Android dan iPhone kini berakhir apabila Google mengumumkan sokongan rentas platform melalui integrasi Quick Share dan AirDrop.


Ringkasan AI
  • Google mengumumkan integrasi Quick Share dan AirDrop untuk penghantaran fail secara langsung antara peranti Android dan iPhone, mengakhiri penantian hampir dua dekad pengguna.
  • Fungsi baharu ini hanya tersedia pada barisan Pixel 10 buat masa ini, membolehkan pengguna berkongsi gambar, video, dan dokumen tanpa aplikasi pihak ketiga.
  • Langkah ini dijangka mempercepatkan proses perkongsian fail antara kedua-dua platform, mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi tambahan dan menawarkan perlindungan data yang lebih kukuh.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Google, ciri baharu ini membolehkan pengguna berkongsi fail seperti gambar, video dan dokumen tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia pada barisan Pixel 10 termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold.

“Dengan pengaktifan mod ‘Everyone for 10 minutes’ pada AirDrop, pengguna iPhone boleh menerima fail daripada peranti Pixel yang menggunakan Quick Share.

"Begitu juga sebaliknya, pengguna Pixel boleh mengaktifkan mod ‘Receive’ untuk menerima fail daripada peranti Apple,” kata jurucakap Google.

Sebelum ini, penghantaran fail antara Android dan iOS hanya boleh dilakukan melalui aplikasi seperti LocalSend atau kaedah alternatif seperti e-mel dan storan awan.

Langkah baharu ini dijangka mempercepatkan proses perkongsian fail dan mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi tambahan.

Google menekankan bahawa integrasi ini dibangunkan dengan keutamaan keselamatan kerana protokol Quick Share dan AirDrop beroperasi secara terbina pada tahap sistem, sekali gus menawarkan perlindungan data lebih kukuh.

Sokongan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti Android dalam masa terdekat. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengumuman terkini yang dibuat oleh Google berkenaan penghantaran fail antara peranti Android dan iPhone?
    A: Google mengumumkan sokongan rentas platform melalui integrasi Quick Share dan AirDrop untuk membolehkan pengguna berkongsi fail tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga.
  • Q: Apakah peranti Pixel yang kini mempunyai fungsi Quick Share untuk berkongsi fail dengan peranti iPhone?
    A: Untuk masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia pada barisan Pixel 10 termasuk Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL, dan Pixel 10 Pro Fold.
  • Q: Mengapakah langkah integrasi Quick Share dan AirDrop ini dianggap penting oleh Google?
    A: Langkah ini dianggap penting kerana ia mempercepatkan proses perkongsian fail antara peranti Android dan iPhone, mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi tambahan, dan menawarkan perlindungan data yang lebih kukuh menerusi protokol Quick Share dan AirDrop.
  • Q: Adakah sokongan integrasi ini akan diperluaskan kepada peranti Android lain selain daripada Pixel?
    A: Ya, Google menyatakan bahawa sokongan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak peranti Android dalam masa terdekat.



#Google #Android #iPhone #Quick Share #AirDrop #penghantaran fail secara langsung