awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranti penstriman haram dedah pengguna kepada risiko ancaman siber

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
17/07/2025
04:55 MYT
Peranti penstriman haram dedah pengguna kepada risiko ancaman siber
Smith berkata, terdapat juga kes di mana kandungan penstriman haram membawa pengguna tanpa sedar kepada laman perjudian dan kandungan pornografi tanpa sebarang sistem tapisan atau kawalan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Semakin ramai pengguna memilih untuk menggunakan kotak penstriman haram dan aplikasi tidak sah sebagai alternatif kandungan hiburan digital.
Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mendedahkan keluarga kepada ancaman keselamatan siber yang serius.
“Kenapa orang melakukannya? Kerana mereka tak anggap serius kesan sebenar cetak rompak.
"Apa yang peranti dan aplikasi ini lakukan ialah membuka rumah anda kepada pelbagai risiko keselamatan siber,” katanya dalam temu bual khas dengan Niaga AWANI hari ini.
Menurut Smith, peranti seperti kotak TV haram dan aplikasi penstriman tidak sah membawa bersama risiko serius seperti serangan phishing, pencurian identiti, serta pendedahan kepada perisian hasad (malware) dalam jumlah besar.
“Saya terkejut melihat ramai yang dengan mudah menjemput produk berisiko ini ke dalam rumah mereka.
"Kemudian mereka hairan apabila menjadi mangsa kecurian identiti atau penipuan dalam talian," jelasnya.
Tambah beliau, terdapat juga kes di mana kandungan penstriman haram membawa pengguna tanpa sedar kepada laman perjudian dan kandungan pornografi tanpa sebarang sistem tapisan atau kawalan.
“Adalah membimbangkan betapa sedikitnya kesedaran orang ramai tentang bagaimana cetak rompak memberi ancaman kepada mereka, keluarga mereka dan juga masyarakat,” tegasnya.
Smith menegaskan bahawa kurangnya kesedaran terhadap bahaya sebenar penstriman haram boleh menjejaskan bukan sahaja keselamatan digital individu, malah kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Pengguna digesa untuk hanya memilih platform sah dan berlesen bagi menjamin keselamatan dan pengalaman hiburan yang bertanggungjawab.
Kotak penstriman haram ancam keselamatan siber seisi keluarga
Topic Berkaitan
#Euan Smith
#Astro Holdings Berhad
#ancaman siber
#peranti penstriman haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan