awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranti rokok elektronik wajib diperakui, penandaan SIRIM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2022
03:10 MYT
Peranti rokok elektronik wajib diperakui, penandaan SIRIM
Pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik di negara ini diwajibkan untuk membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM bermula Rabu. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik di negara ini diwajibkan untuk membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Ia selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada Selasa.
KPDNHEP dalam kenyataannya memaklumkan, perintah tersebut berkuat kuasa pada Rabu.
"Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan peranti rokok elektronik yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan," katanya pada Selasa.
Kementerian itu berkata, penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada peranti rokok elektronik, alat gantinya atau pada bekas peranti itu dibekalkan yang mudah dilihat oleh pengguna.
"Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada peranti rokok elektronik menunjukkan ia telah mematuhi standard dan selamat digunakan," katanya.
Tegas KPDNHEP, kementerian akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat pihak-pihak yang melanggar perintah tersebut.
"Bagi syarikat, denda RM200,000 boleh dikenakan dan RM500,000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya.
"Individu yang melakukan kesalahan itu pula boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Mereka turut boleh dikenakan denda RM250,000 atau dijel sehingga lima tahun sekiranya melakukan kesalahan berulang kali," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rokok elektronik
#sirim qas International
#MS SIRIM
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan