NATIONAL
Perarakan bantah pemaparan harga ubat, KKM hormati hak demokrasi - Menteri

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengambil maklum perarakan membantah penandaan harga ubat yang bakal dianjurkan pada 6 Mei.
KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghormati hak demokrasi pengamal perubatan untuk menunjuk perasaan bagi membantah pelaksanaan perintah penandaan harga ubat di farmasi dan klinik swasta pada 6 Mei ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghormati hak pengamal perubatan untuk membantah pelaksanaan perintah penandaan harga ubat di farmasi dan klinik swasta pada 6 Mei ini, dengan syarat perarakan dilakukan secara baik dan bermoral.
- KKM melaksanakan peraturan baharu bermula 1 Mei yang mewajibkan semua klinik dan farmasi swasta memaparkan harga ubat-ubatan untuk meningkatkan ketelusan dan membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan harga. Langkah ini dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan arahan ini sebagai tidak praktikal kerana harga ubat kerap berubah dan bimbang maklumat harga yang dipaparkan boleh mengelirukan pesakit. MMA juga mendakwa dasar ini diperkenalkan tanpa perbincangan telus bersama pemain industri kesihatan swasta dan menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan dasar ini serta membuka semula ruang rundingan yang inklusif.
“Bagaimanapun mereka harus sedar bahawa saya telah perjuangkan hal terkait yang dituntut mereka.
“Saya tahu saya menyebut pemaparan harga ubat tidak akan dilaksanakan hingga semakan semula caj pengamal perubatan am dibuat.
“Sebab itu ada pendekatan penguatkuasaan pendidikan secara berfasa selama tiga bulan, tindakan drastik tidak akan diambil ketika tempoh ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, di sini pada Sabtu.
Semasa tempoh ini, KKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan.
KKM melaksanakan peraturan baharu bermula 1 Mei, yang mewajibkan semua klinik dan farmasi swasta memaparkan harga ubat-ubatan, dengan tujuan meningkatkan ketelusan dan membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan harga.
Langkah ini dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), dengan objektif meningkatkan ketelusan dalam urus niaga dan membolehkan pengguna membuat perbandingan harga.
Bagaimanapun, MMA menyifatkan arahan itu sebagai tidak praktikal kerana harga ubat kerap berubah bergantung kepada kos pembekalan dan faktor pasaran.
MMA juga bimbang maklumat harga yang dipaparkan boleh mengelirukan pesakit dan menimbulkan salah faham.
MMA turut mendakwa dasar ini diperkenalkan tanpa perbincangan telus bersama pemain industri kesihatan swasta, dan dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesan kepada pengamal perubatan.
Justeru, MMA menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan dasar ini dan membuka semula ruang rundingan yang inklusif supaya keputusan yang dibuat mengambil kira realiti pengamal perubatan dan tidak menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami