awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka berjaga-jaga susulan kemunculan kes virus Nipah di timur India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan Maulidur Rasul disertai kontinjen bukan Islam

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
23/01/2013
16:29 MYT
Perarakan Maulidur Rasul disertai kontinjen bukan Islam
Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Gombak tahun ini membawa kelainan dengan penyertaan kontinjen orang bukan Islam seramai 20 orang pada hari Rabu.
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Hadis Akademi Pengajian Islam, Dr Fauzi Deraman berkata, penyertaan masyarakat bukan Islam adalah sebagai tanda penghormatan dan keharmonian.
“Penyertaan orang bukan Islam dalam acara perarakan Maulidur Rasul adalah sesuatu yang mengembirakan kerana dengan itu mereka akan lebih mengetahui betapa pentingnya peranan Nabi Muhammad S.A.W bagi umat Islam seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Khairiyah.
Seramai 20 kontinjen dengan jumlah 400 peserta, di mana 12 merupakan kontinjen surau setempat, tujuh kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan satu kontinjen dari kolej Cq-tec Teknologi Sri Gombak.
“Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan selain perarakan sempena hari Maulidur Rasul seperti pembacaan Al-Quran, pertandingan nasyid dan seminar dengan tujuan yang sama iaitu untuk memperingati Nabi Muhammad,” kata Fauzi.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat dan merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M di Dewan Utama Masjid Putra, Putrajaya pada Khamis.
Majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'.
Topic Berkaitan
#Al-Khairiyyah
#Fauzi Deraman
#Maulidur Rasul
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan