Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik

Bernama
Januari 23, 2021 16:37 MYT
Dua penganut agama Hindu dalam perayaan Thaipusam pada tahun 2020. Foto ini dirakam oleh jurugambar Astro AWANI, Shahir Omar pada tahun lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.
Beliau berkata perarakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan, namun perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Thaipusam | Perarakan Pedati ke Batu Caves dibenarkan dengan syarat - Annuar
"Syaratnya, 'Chariot' (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain," katanya dalam hantaran Twitter rasmi beliau hari ini.
BACA: Cuci dosa, merayakan Thaipusam
-- BERNAMA
#pedati Thaipusam #Menteri Wilayah Persekutuan #Annuar Musa #MKN #Majlis Keselamatan Negara #Batu Caves