awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam: Hanya petugas dibenarkan bawa patung Dewa Murugan, tiada perarakan pengikut - Annuar Musa

Firdaus Azil
Firdaus Azil
24/01/2021
06:19 MYT
Thaipusam: Hanya petugas dibenarkan bawa patung Dewa Murugan, tiada perarakan pengikut  - Annuar Musa
Pergerakan pedati dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan, dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Tiada sebarang perarakan yang dibenarkan ketika proses membawa patung Dewa Murugan di ibu negara, sempena sambutan Thaipusam minggu depan kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Sebaliknya, jelas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan, sewaktu membawa patung itu dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee Ke Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves dan pada 29 Januari kembali semula ke Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam.
“Tiada perarakan dibenarkan. Cuma kebenaran pergerakan membawa Patung Dewa Murugan ke Batu Cave tanpa apa-apa perarakan..dan membawanya balik semula selepas hari perayaan.
“Garis panduan telah diberikan dan akan dikuatkuasakan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Twitter beliau hari ini.
Tiada perarakan di benarkan.Cuma kebenaran pergerakan membawa Patung DEWA MURUGA ke Batu Cave TANPA APA APA PERARAKAN..dan membawanya balek semula selepas hari perayaan..GARIS PANDUAN TELAH DI BERI DAN AKAN DI KUATKUASAKAN..
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 24, 2021
Sebelum ini, agensi Bernama melaporkan Annuar sebagai berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan pergerakan pedati (chariot passage) yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.
Beliau berkata pergerakan pedati dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan, dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan.
Namun ujarnya lagi, ia perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Syaratnya, 'Chariot' (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain," katanya lagi.
BACA: Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Thaipusam
#SOP
#Kuala Lumpur
#Batu Caves
#Majlis Keselamatan Negara
#keselamatan
#Twitter
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan