awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peras ugut pelancong China: Kertas siasatan dihantar ke TPR

Bernama
Bernama
11/04/2023
11:46 MYT
Peras ugut pelancong China: Kertas siasatan dihantar ke TPR
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman (dua, kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ni. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita warga China diperas ugut dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn di sini, baru-baru ini telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam untuk tindakan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata setakat ini, tujuh individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Hasil siasatan kes berkenaan telah selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada TPR.
"Kami sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen pemanduan berhemah dan rumah selamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata setakat ini polis belum mengambil keterangan pelancong wanita warga China itu kerana dilaporkan telah pulang ke negaranya.
"Wanita itu sudah pulang ke China dan keterangannya belum dirakam," katanya menambah pihaknya masih menunggu arahan lanjut berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, tular satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.
Menerusi kapsyen disertakan bersama video itu, anggota polis berkenaan didakwa memeras wang sebanyak RM200 ke atas seorang pelancong wanita dari China kerana tidak membawa pasportnya yang kononnya tertinggal di hotel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peras ugut warga China
#Bulatan Dato Onn
#polis
#Timbalan Pendakwa Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan