KOTA KINABALU: Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata 36 peratus daripada 294 kes hari ini, 38 peratus daripada 351 kes semalam (4 Dis), dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas (3 Dis) adalah jangkitan sporadik.
"Semua prosedur operasi standard perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya," kata Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah menerusi kenyataan media di sini hari ini.
Masidi juga berkata sebanyak 153 kes daripada keseluruhan 294 kes baharu hari ini dikesan melalui saringan kontak rapat sekali gus menunjukkan terdapat kebarangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP.
Sementara itu Masidi berkata empat kes kematian dilaporkan hari ini dengan dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sipitang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021
Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
COVID-19: KKM kesan 69 kes sporadik, iaitu tiada pengesahan asal-usul jangkitan - KP Kesihatan
Jumlah kes sporadik yang dicatatkan adalah sebanyak 69 kes daripada keseluruhan 3,963 kes di negara ini.