awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbahasan RUU Antibuli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
03/12/2025
00:20 MYT
Perbahasan RUU Antibuli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat yang berlangsung selama 35 hari akan berakhir Khamis ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 menjadi antara tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Ringkasan AI
  • Perbahasan RUU Antibuli 2025 menjadi fokus utama di Dewan Rakyat hari ini, dijadualkan untuk bacaan kali kedua setelah sesi soal jawab lisan.
  • Ahli Parlimen mengemukakan soalan penting termasuk cadangan gantikan subsidi kerajaan dengan bantuan sosial melalui MyKad dan pengelasan bantuan kerajaan berdasarkan pendapatan boleh guna.
  • Antara soalan lain termasuk rancangan pindaan Akta FINAS 1981 berkaitan kandungan dalam talian dan cadangan melantik warden sebagai jawatan khusus di sekolah yang memerlukan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, RUU itu dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua untuk dibahas dan diluluskan Ahli-ahli Parlimen, usai sesi soal jawab lisan.
Dalam pada itu, antara soalan dibangkitkan pada sesi soal jawab lisan termasuk pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) berhubung sama ada Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan untuk menggantikan skim subsidi kerajaan sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad berikutan kejayaan pelaksanaan mekanisme agihan program SARA.
Pada sesi sama, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bertanyakan Menteri Ekonomi mengenai perkembangan rancangan pengelasan bantuan kerajaan berdasarkan pendapatan boleh guna bagi memastikan agihan subsidi lebih adil termasuk kepada sebahagian golongan T20 yang turut menghadapi tekanan kos sara hidup.
Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula bertanyakan Menteri Komunikasi berhubung rancangan kementerian untuk pindaan Akta FINAS 1981 berkenaan peraturan untuk kandungan dalam talian seperti kandungan melalui platform penstriman dan juga media sosial.
Turut menarik perhatian, soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kepada Menteri Pendidikan sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk melantik warden sebagai jawatan khusus di sekolah-sekolah yang memerlukan warden.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat yang berlangsung selama 35 hari akan berakhir Khamis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#RUU Antibuli
#skim subsidi kerajaan
#Bantuan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan