MALAYSIA
Perbarisan tempur, demonstrasi pasukan elit meriahkan ulang tahun ATM ke-92
Pameran statik aset ATM menerusi Karnival Kerjasama Awam Tentera (CIMIC) juga akan diadakan dengan mempamerkan peralatan tercanggih yang dimiliki pasukan itu. - Foto Facebook/Angkatan Tentera Malaysia
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan perbarisan tempur serta demonstrasi keupayaan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke-92 yang akan berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan dari 20 hingga 21 Sept ini.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas ATM Mejar Jen Datuk Ts Reizal Arif Ismail berkata sambutan itu turut menampilkan demonstrasi pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan aksi penerjunan payung terjun.
Katanya, pameran statik aset ATM menerusi Karnival Kerjasama Awam Tentera (CIMIC) juga akan diadakan dengan mempamerkan peralatan tercanggih yang dimiliki pasukan itu.
"Tema sambutan tahun ini ialah Angkatan Masa Hadapan, Kedaulatan Dijulang, Pertahanan Diperkasa.
"Saya ingin menjemput semua rakyat Malaysia hadir kerana penganjuran sambutan kali ini di Pangkalan Udara Kuantan mampu menampung jumlah pengunjung yang besar, selain berlangsung semasa cuti sekolah," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
Beliau berkata, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan kugiran dan brass band ATM yang menampilkan bakat muzik anggota tentera bagi menghiburkan orang ramai.
"Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai cara menyertai ATM kerana sambutan ini turut menjadi ruang kepada ATM untuk mencari bakat baharu," katanya.
-- BERNAMA