Perbelanjaan infrastruktur menjadi asas penting untuk negara terus berdaya saing di rantau ini, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu, kerajaan kini perlu menyeimbangkan penciptaan kemudahan baharu dengan pelaksanaan yang berkesan untuk memastikan negara mendapat keuntungan yang besar.
Jelasnya, ia termasuk, antaranya Projek Transit Aliran Massa (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
"Pelaksanaan semua projek ini akan meningkatkan hubungan di negara ini dengan ketara.
"Pengangkutan yang cekap, penyambungan yang sangat baik, dan logistik yang lebih baik adalah penting untuk fasa pembangunan seterusnya.
"Di samping itu, perlu ada perancangan pengangkutan yang lebih baik dan peningkatan koordinasi antara agensi yang terlibat dalam sektor infrastruktur.
"Sebagai negara perdagangan, hubungan yang lebih baik dengan seluruh dunia adalah penting, dan penting untuk daya saing dan pertumbuhan ekonomi masa depan," katanya semasa ucaptama Invest Malaysia 2020 - Virtual Series 2, di sini, pada Isnin.
Kata Mustapa, pelan itu boleh direalisasikan melalui Perkongsian Swasta Awam (PPP) yang menggabungkan inovasi sektor swasta dengan kesedaran masyarakat terhadap sektor awam.
Dalam pada itu, jelasnya, sebanyak RM259 bilion diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk pelbagai kerja pembangunan mencatat peningkatan sebanyak RM20 bilion dari RM 239 billion pada RMK10 sebelum ini.
"Perancangan infrastruktur dalam RMK11 bertujuan untuk menyeimbangkan pelaburan sektor pengangkutan jalan raya, kereta api, pelabuhan, dan perkhidmatan udara, sementara pada masa yang sama meningkatkan kecekapan, produktiviti, dan kemampuan semua perkhidmatan ini serta meningkatkan pengalaman pengguna.
"Ketika negara terus berkembang, ujarnya, RMK12 yang akan dibentangkan pada suku pertama 2021 akan menggariskan strategi dan inisiatif utama yang akan berfungsi sebagai prinsip panduan dasar ekonomi negara pada 2021 sehingga 2025.
Ujarnya, ia akan memberi tumpuan kepada usaha mengatasi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, dan merapatkan jurang wilayah termasuk jurang pembangunan infrastruktur.
Sementara itu, katanya, kerajaan kini sedang menyiapkan rancangan pemulihan ekonomi untuk jangka masa sederhana dan panjang yang akan dibentangkan pada Oktober ini.
Ujarnya, ia akan menumpukan antara lain kepada fokus cabaran tenaga kerja masa depan dan pelaburan berkualiti.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 20 2020
MUSTAPA: Sebagai negara perdagangan, hubungan yang lebih baik dengan seluruh dunia adalah penting, dan penting untuk daya saing dan pertumbuhan ekonomi masa depan. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan.
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.