MALAYSIA
Perbendaharaan diarah tingkat keupayaan institusi pondok, tambah baik kurikulum - PM
Anwar menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Julai di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (Perbendaharaan) diarah mencari jalan bagi meningkatkan keupayaan institusi pondok, termasuk menambah baik kemudahan sedia ada dan kurikulum agar selari dengan keperluan semasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu penting bagi melahirkan pelajar pondok yang bukan sahaja mantap dalam ilmu agama, tetapi bersedia menghadapi cabaran dunia moden.
Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan usaha itu tidak akan menjejaskan sukatan pengajian agama secara tradisional, sebaliknya ia memperkasakan kurikulum dengan elemen baharu seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk ilmu teknologi serta kecerdasan buatan (AI).
"Kita tidak ganggu langsung sukatan dia (institusi pondok) tetapi masukkan beberapa elemen baharu termasuk teknologi TVET dan juga AI.
"Bukan mahu mengubah (itu tidak mungkin), tetapi memasukkan (TVET dan AI) bagi melengkapi sistem (institusi pondok) dengan tuntutan semasa," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata usaha kerajaan memperkasa institusi pondok dari segi kemudahan infrastruktur dan kurikulum tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia merupakan langkah murni bagi memastikan pelajar institusi berkenaan tidak ketinggalan dalam arus perdana.
Beliau berkata inisiatif tersebut dilaksanakan untuk kepentingan umum tanpa sebarang motif politik.
"Insya-Allah saya akan hubungi Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah (Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan) untuk penuhi undangan beliau menziarahi pondoknya. Ini tiada sebarang kaitan dengan politik. Jangan terlalu terikat dengan pandangan politik sehingga tidak dapat melihat kepentingan umum," katanya.
Sebagai contoh, Anwar berkata kerajaan telah memulakan usaha memperkasa golongan huffaz (penghafal al-Quran) dengan memberikan pendidikan TVET kepada 12,500 huffaz di institusi pengajian masing-masing.
"Jumlah ini bukan kecil. Bayangkan kalau kita terapkan (pendidikan) begini, maknanya anak-anak kita dapat pendedahan yang lebih baik," katanya.
Anwar turut memuji Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta agensi di bawahnya, yang di bawah pimpinan menteri bertanggungjawab Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, atas penganjuran Muzakarah Umara' dan Ulama' Pondok Kebangsaan (UMRAN) 2025 serta Malaysia Bermunajat 2025 pada Sabtu lepas.
Beliau menyifatkan kedua-dua program tersebut sebagai platform penting yang merapatkan hubungan antara ulama dan umara dalam memperkukuh kerjasama membangunkan dasar negara MADANI.
"Ia juga menjadi ruang bagi mendengar pandangan dan teguran ulama agar usaha meningkatkan kefahaman serta kegiatan Islam di negara ini selari dengan kehendak Islam," katanya.
Anwar sekali lagi menekankan kepentingan mengekalkan nilai, akhlak dan kefahaman agama dalam mengejar kemajuan teknologi bagi pembangunan negara.
-- BERNAMA