awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2023
04:37 MYT
Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram dilantik sebagai pendakwa ad hoc dan mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Najib.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memnbabitkan Datuk Seri Najib Razak selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia pada Ahad.
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu, Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan bermula pagi ini, dan meminta kes itu disambung semula pada Khamis memandangkan Rabu adalah cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Sri Ram dilantik sebagai pendakwa ad hoc dan mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Najib serta perbicaraan laporan audit 1MDB bekas Perdana Menteri itu dan Arul Kanda Kandasamy.
Beliau juga memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu membincangkan dan mengagihkan semula skop tugasnya berikutan kematian secara mengejut Sri Ram.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah juga menyampaikan ucapan takziah bagi pihak pasukan pembelaan Najib.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan dijangka menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu, menjelang akhir minggu ini.
Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Ikuti laporan terkini berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#1MDB
#Gopal Sri Ram
#Gopal Sri Ram meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan