awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan SRC: Saksi ke-41 ditekan percepat proses permohonan jaminan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/06/2019
04:18 MYT
Perbicaraan SRC: Saksi ke-41 ditekan percepat proses permohonan jaminan
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang didakwa atas tuduhan penggubahan wang haram dan pecah amanah. - Gambar fail BERNAMA
Saksi ke-41 kes perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Afidah Azwan Abdul memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah ditekan oleh pegawai atasannya.
Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan itu, beliau dikehendaki mempercepatkan proses permohonan SRC International untuk mendapatkan jaminan kerajaan terhadap pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011.
Perkara itu didedahkan ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Afidah menyifatkan beliau bekerja “under duress”, yang mana pegawai atasannya ketika itu ialah Maliami Ahmad.
Maliami merupakan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan ketika itu.
Gesaan itu memerlukan beliau antaranya menyediakan satu memo dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
Shafee kemudian bertanya sama ada Afidah memahami maksud perkataan “duress” bagi memastikan saksi ke-41 itu benar-benar faham istilah tersebut.
“Secara pandangan saya (duress) adalah tekanan yang menyalahi prosedur (atau undang-undang). Adakah itu maksud Puan (Afidah)?,” soal Shafee yang kemudian diakui oleh saksi ke-41 itu.
Afidah juga berkata, beliau tidak mencatatkan sebarang rungutan berkenaan perkara itu di dalam minit mesyuarat.
Ini kerana, beliau menggambarkan bahawa rungutan telah pun dibuat beberapa kali namun tidak diambil serius oleh pegawai atasannya itu.
Dalam prosiding perbicaraan pada Rabu, Afidah memberitahu, surat jaminan kerajaan dikemukakan kepada KWAP bagi pinjaman kedua SRC International berjumlah RM2 bilion diluluskan Kementerian Kewangan hanya dalam tempoh 24 jam.
Katanya, surat jaminan itu dikemukakan SRC kepada Kementerian Kewangan pada 2 Februari 2012 untuk dibincangkan bagi keperluan segera ia diluluskan.
Pemeriksaan balas terhadap saksi ke-41 itu dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#Najib Razak
#Perbicaraan SRC
#Saksi ke-41 ditekan percepat proses permohonan jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan