Bekas Pengarah SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan, beliau terpaksa melarikan diri ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.
Menurut Suboh, pada 2015, beliau telah menerima panggilan daripada seorang tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, katanya, panggilan itu diterima selepas beliau menghubungi pejabat SPRM untuk membuat janji temu bagi menjelaskan berkenaan SRC International yang sedang disiasat pihak berkuasa itu.
“Wakil SPRM menyatakan kepada saya agar tidak pergi ke pejabat SPRM seperti mana yang dijanjikan dan mengarahkan saya untuk meninggalkan Malaysia,” katanya ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff, di sini hari ini.
Jelas Suboh, beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama isteri ke Bangkok, Thailand dan tinggal di sana selama kurang sebulan.
Ujarnya, segala kos di Bangkok ditanggung sendiri oleh beliau.
“Saya rasa takut dengan keadaan yang sedang berlaku dan juga kerana Datuk Seri Najib Razak masih berkuasa sebagai Perdana Menteri pada masa itu.
“Saya tidak tahu apa yang mungkin boleh berlaku kepada saya dan keluarga saya,” kata beliau lagi.
Ketika di Bangkok, kata Suboh, beliau telah bertemu dengan seorang lelaki Thailand yang menyerahkan tiket penerbangan ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sepanjang seminggu berada di negara itu, Suboh memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui siapa yang menanggung semua kos penerbangan dan penginapannya.
Dedah Suboh lagi, sebaik kembali ke Malaysia, beliau telah dihubungi oleh Nik Faisal Ariff Kamil (Pengarah SRC International) yang mengarahkannya untuk melarikan diri sekali lagi.
“Saya buat keputusan untuk tidak lari lagi dan kekal di Malaysia bagi membantu siasatan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Pemeriksaan utama terhadap saksi ke-42 itu dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 20 2019

Suboh Md Yassin mendedahkan, beliau terpaksa melarikan diri ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.- Gambar BERNAMA

Jenayah Dadah | Wanita 81 tahun ditahan miliki dadah di lapangan terbang
Seorang wanita warga emas warga Denmark ditahan di Lapangan Terbang Warsaw, Poland kerana disyaki memiliki dadah secara haram. Pihak berkuasa Poland berkata, wanita berusia 81 tahun itu memiliki dadah jenis heroin bernilai lebih 515 ribu dolar Amerika dan dalam perjalanan dari Afrika ke Kanada.

Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan disiasat dengan segera.

Konsert 'bertalu-talu' kerja gila - Pemuda Pas
Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjurannya akan menjemput kemurkaan Allah SWT.

AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
![[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia [INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983436/thumbnails/8967789641660950070553_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia
Fakta Hubungan Malaysia-Rusia

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds belasah JDT 5-0
Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Ur

AWANI Ringkas: Pekerja asing perlu kelulusan JTKSM bermula 1 September
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.