awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan - Exco

Bernama
Bernama
30/07/2024
10:45 MYT
Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan - Exco
Anfaal berkata sekiranya perkara itu sering dibangkitkan sesetengah pihak, ia dikhuatiri memberikan kesan kepada pasangan lain untuk berbuat demikian. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Perbincangan mengenai isu 'childfree' perlu dihentikan sebelum ia menjadi satu trend dalam kalangan pasangan di negara ini, kata Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari.
Beliau berkata sekiranya perkara itu sering dibangkitkan sesetengah pihak, ia dikhuatiri memberikan kesan kepada pasangan lain untuk berbuat demikian.
Anfaal berkata bagi membolehkan negara keluar daripada situasi penguncupan populasi yang dijangka berlaku pada 2072 susulan penurunan kadar kesuburan sejak 2010, pasangan suami isteri perlu memiliki lebih daripada dua anak.
Beliau berkata Selangor antara empat negeri yang terendah kadar purata kelahiran iaitu 1.4, di bawah purata kebangsaan 1.6 berdasarkan Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Selangor juga mencatatkan penurunan 7.2 peratus bagi bilangan kelahiran hidup pada 2022 berbanding tahun sebelumnya. Kedua-dua indikator demografi ini menunjukkan tahap kesuburan di negeri Selangor berada pada tahap membimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Kependudukan Negeri Selangor (SKNS) 2024 yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Juwairiya Zulkifli di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata trend 'childfree' dalam kalangan sesetengah pasangan suami isteri yang menganggap anak adalah satu beban, tidak selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, Juwairiya berkata Pusat Subferteliti Negara (PSN) pertama di Seksyen 17 di sini yang dijangka siap menjelang 2029 akan menawarkan khidmat kesuburan antaranya rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan permanian beradas (IUI).
"PSN menawarkan harga lebih rendah antara 15 ke 20 peratus. Pasangan yang berusaha mendapatkan anak digalakkan menerima rawatan si pusat ini, kita ada tenaga pakar untuk membantu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata pembinaan PSN yang diluluskan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) menyediakan khidmat rawatan kesuburan dan kesejahteraan keluarga yang komprehensif termasuk sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini dan latihan kepakaran melibatkan peruntukan RM171 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu 'childfree'
#menjadi satu trend
#Exco Selangor
#Anfaal Saari
#berikan kesan kepada pasangan lain
#tiada anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan