[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Perbincangan tarif Malaysia-AS berlangsung dengan amat baik - PM Anwar

Bernama 19/06/2025 | 05:10 MYT
Anwar ketika menyampaikan ucap tama pada 38th Asia-Pacific Roundtable: Recalibrating Asia’s Frontiers hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini mengenai rancangan tarif timbal balas Washington, telah berjalan dengan lancar.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa perbincangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat mengenai rancangan tarif timbal balas sedang berjalan lancar.
  • Beliau menerima makluman positif daripada Menteri MITI dan Menteri Kewangan II yang kini berada di AS, selepas pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS berlangsung dengan baik.
  • Kenyataan itu dibuat semasa ucap tama Anwar dalam Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik ke-38, menunjukkan perkembangan positif dalam hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkembangan positif itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berada di AS ketika ini.
"Pagi ini, saya menerima mesej daripada menteri MITI dan menteri kewangan II yang memaklumkan bahawa pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS yang sememangnya sibuk, berlangsung dengan amat baik," kata beliau ketika menyampaikan ucap tama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di sini, hari ini.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Amir Hamzah Azizan #tarif timbal balas #Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz