awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbualan TMJ - Pan Gon: "Saya 'malas' nak ulas, hampa dah tau, sudahlah" - Muhammad Sanusi

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/06/2022
06:38 MYT
Perbualan TMJ - Pan Gon: "Saya 'malas' nak ulas, hampa dah tau, sudahlah" - Muhammad Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan ulas pendedahan perbualan WhatsApp antara Tunku Mahkota Johor dengan pengendali skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon. - Gambar fail
ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau ‘malas’ untuk mengulas lanjut mengenai perkongsian 'story' di akaun Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai perbualan WhatsApp bersama pengendali skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon.
Secara berseloroh, Muhammad Sanusi berkata, umum sedia maklum kenyataan yang dikeluarkan belum sebelum ini berhubung isu kuasa penuh yang diberikan kepada seseorang individu dalam sukan bola sepak.
"Saya malas nak cakap (perbualan antara Tunku Mahkota Johor dan Kim Pan Gon) awal-awal… (sekarang ini) hampa (semua) dah tau (pasal benda itu), sudahlah," kata Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, di Stargate di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Tunku Ismail mendedahkan beliau merupakan individu pertama yang akan mengetahui kesebelasan utama pasukan negara dalam kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.
Perbualan WhatsApp antara Tunku Ismail dan Kim Pan-gon itu didedahkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu di laman Story akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Pan-gon berkongsi senarai kesebelasan utama pasukan negara ketika aksi menentang Turkmenistan, Bahrain, Bangladesh serta satu aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut dikongsi ialah senarai pemilihan 23 orang pemain akhir yang terpilih didalam skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 berdasarkan posisi masing-masing.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#Kim Pan-gon
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan