KUALA NERUS: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyeru orang menyalurkan maklumat sekiranya mengesan perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku di sebuah kedai makan di Setiu.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata sebarang maklumat boleh disalurkan mengikut platform sedia ada bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Katanya pihaknya akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ada dibawa peruntukan undang-undang sedia ada.

"Kalau ada makluman daripada orang ramai kita mengalu-alukan maklum pada kita.

"InsyaAllah kita akan mengambil perjalanan apa dibawah bidang kuasa jabatan agama dan apa yang boleh kita ambil dan tindakan-tindakan yang sesuai selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Justeru beliau berharap perkara itu menjadi peringatan kepada orang ramai di Terengganu agar menjaga tatasusila yang selari dengan ajaran agama Islam.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memaparkan beberapa pelanggan tanpa segan silu memeluk seorang dengan pekerja wanita di sebuah kedai makan.

BACA: Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan

Perbuatan dan tindakan itu mengundang pelbagai kecaman dan kritikan pengguna media sosial.


Isu Tular | JHEAT sedang lengkapkan siasatan kes pelayan jus buah


Susulan itu JHEAT sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung perbuatan seorang pelayan wanita yang berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh disebuah kedai makan di Setiu.

Katanya setakat ini siasatan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.