[TERKINI] Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama – Suspek Ditahan, Direman Esok | Ikuti Perkembangan di Saluran 501 & Semua Platform AWANI
MALAYSIA

Perbuatan kibar bendera Israel, lekat tulisan Hebrew satu pengkhianatan - PM

Bernama 14/10/2025 | 06:45 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perbuatan mengibar bendera Israel atau menampal pelekat bertulisan Hebrew, yang menyinggung sensitiviti rakyat dan bercanggah dengan dasar negara, tidak boleh diterima sama sekali.


Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menegaskan perbuatan mengibar bendera Israel atau menampal tulisan Hebrew adalah tidak boleh diterima, kerana menyinggung sensitiviti rakyat dan bercanggah dengan dasar negara.
  • Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan dan bersetuju PDRM mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat supaya menjadi pengajaran.
  • Polis sedang menyiasat insiden pengibaran bendera Israel dan pelekat bertulisan Hebrew mengikut Akta Lambang Kebangsaan 1949.


Menganggap ia seperti satu pengkhianatan, Anwar bersetuju bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu terbabit bagi memastikan ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

"Ini menyinggung perasaan khalayak dan bertentangan dengan dasar negara keseluruhannya. Ini dasar negara yang merentas parti termasuk soal bendera, walau apa pun matlamatnya, ia tetap salah.

"Mana ada negara di dunia yang ketika dijajah, rakyatnya mengibar Union Jack, bendera penjajah, dan ia akan dianggap sebagai pengkhianatan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

[TERKINI] Tindakan kibarkan bendera Israel dianggap pengkhianatan

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung pendirian kerajaan terhadap acara yang mengibarkan bendera Israel di negara ini.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika "Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza" mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Polis juga menjalankan siasatan terperinci terhadap kenderaan pacuan empat roda yang didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud "Malaysia adalah Rumah Kita" atau "Malaysia di Tangan Kami".

-- BERNAMA






#kibar bendera Israel #pelekat bertulisan Hebrew #Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #menyinggung sensitiviti rakyat