MALAYSIA
'Perbuatan suspek terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang' - Abang mangsa bunuh
Mayat dua beranak dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Juru pada malam Sabtu. - Foto Bernama
SEBERANG JAYA: "Saya tak boleh terima perbuatan suspek. Cara pembunuhan itu terlalu kejam, lebih teruk daripada binatang.”
Ringkasan AI
Itu luahan abang kepada mangsa bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 51 tahun, merupakan adik bongsu daripada enam beradik dan seorang yang peramah serta disenangi ramai.
“Dia seorang periang, peramah, tapi saya tak tahu kalau dia ada masalah lain.
“Dia pernah jadi guru tadika, memang penyayang orangnya. Anak kandung dia seorang, tapi dia ada dua anak angkat dan yang meninggal dunia ini merupakan anak angkat yang dijaga sejak kecil lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini pada Ahad.
Menceritakan semula kejadian menyayat hati itu, dia berkata hanya mengetahui mengenai insiden tersebut sekitar jam 7 malam daripada anak mangsa.
“Saya tahu kejadian dalam jam 7 malam daripada anak dia. Tapi saya tak pasti, jadi saya telefon besan saya untuk sahkan.
“Bila besan saya cakap betul, saya terus bergegas ke sana,” katanya.
Bagaimanapun, dia berkata tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian dan hanya mendapat maklumat daripada orang ramai.
“Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Macam-macam cerita disebarkan.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ialah ketika majlis perkahwinan anaknya iaitu anak kepada suami pertama,” tambahnya.
Mengenai perkahwinan adiknya dengan suami kedua, dia mengakui tidak mengetahui banyak latar belakang lelaki berkenaan.
“Saya pun tak tahu... dengar-dengar dah kahwin. Saya pun tak pernah bersembang dengan suaminya yang ini.
“Tapi mereka kahwin tak sampai lima tahun,” katanya.
Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu turut memohon agar pihak polis menjalankan siasatan terperinci serta menjatuhkan hukuman setimpal terhadap suspek.
Beliau berharap polis dapat memberikan keadilan kepada adiknya dan anak saudara yang dibunuh dengan kejam.
Difahamkan, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Jeniri selepas selesai proses bedah siasat dijalankan.
Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita berusia 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun ditemukan suaminya pada jam 7.30 malam di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, di sini.
Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati, manakala anaknya ditemukan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Abang kepada mangsa, meluahkan rasa sedih dan marah terhadap pembunuhan kejam adiknya dan anak angkatnya yang berusia 11 tahun di Kampung Sekolah Juru.
- Mangsa digambarkan sebagai seorang peramah dan penyayang, pernah menjadi guru tadika dan menjaga anak angkatnya sejak kecil; mangsa kali terakhir ditemuinya semasa majlis perkahwinan anaknya.
- Dia berharap siasatan terperinci dijalankan dan keadilan ditegakkan, sambil menyatakan beliau tidak mengenali suami kedua adiknya yang dikatakan baru berkahwin kurang lima tahun.