awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepat kajian tangani kandungan berbaur provokatif - MCMC

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2022
06:10 MYT
Percepat kajian tangani kandungan berbaur provokatif - MCMC
MCMC komited menangani kandungan berbaur provokatif. - Gambar fail
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), komited dalam mempercepatkan kajian ke atas kerangka perundangan komunikasi sedia ada.
Pengerusi Interimnya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din menegaskan, ia termasuk pengurusan kandungan dalam talian bagi menangani kandungan berbaur provokatif yang menyebarkan isu perkauman dan mewujudkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.
"Sudah tiba masanya kerangka kawal selia semasa perlu dikaji semula, mengambil kira keadaan semasa di alam siber yang dilihat di luar kawalan yang memungkinkan penyebaran kandungan-kandungan yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara, pandangan ekstremisme dan palsu.
"Kajian ini meliputi kerangka kawal selia dalam aspek pelesenan, kesesuaian hukuman atau penalti semasa serta keperluan untuk memperkenalkan undang-undang baharu," tambahnya lagi.
Mohamad Salim menjelaskan, negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia telah memperkenalkan undang-undang secara langsung dalam mengawal selia platform penyedia perkhidmatan media sosial tersendiri.
Ia bertujuan memupuk penggunaan media sosial yang lebih bertanggungjawab. Selain itu, menghindari orang ramai daripada bersifat melampau dan menyebarkan pandangan berbaur provokatif ketika berada dalam talian.
MCMC menyeru semua pihak untuk sama-sama menghormati dan menerima kepelbagaian, keterangkuman, perasaan hormat kepada kaum, agama dan institusi raja. Seterusnya, mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Topic Berkaitan
#MCMC
#media sosial
#perpaduan
#kandungan provokatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan