awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percepat kelulusan Ivermectin untuk rawat COVID-19, gesa kumpulan pengguna, pakar

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2021
16:56 MYT
Percepat kelulusan Ivermectin untuk rawat COVID-19, gesa kumpulan pengguna, pakar
Dalam satu kenyataan media, kumpulan yang terdiri daripada lima individu itu percaya penggunaan Ivermectin berupaya menjadi 'senjata' yang selamat, murah dan berkesan untuk menentang COVID-19. - Foto shutterstock.com
KUALA LUMPUR:Sekumpulan individu mencadangkan agar kerajaan segera meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Dalam satu kenyataan media, kumpulan yang terdiri daripada lima individu itu percaya penggunaan Ivermectin berupaya menjadi 'senjata' yang selamat, murah dan berkesan untuk menentang COVID-19.
Kelulusan Ivermectin juga, kata kenyataan itu, harus dibuat memandangkan kes jangkitan COVID-19 yang semakin meruncing.
"Banyak persoalan yang masih belum dijawab serta data mengenai keselamatan jangka panjang vaksin eksperimental mRNA Pfizer, juga dengan masalah pengeluaran yang dihadapi oleh pengeluar berkenaan, kerajaan perlu adakan Plan B," kata kenyataan tersebut.
Kenyataan media berkenaan ditandatangani oleh Dr Abd Kadir Warsi Mohamad dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Wong Ang Peng dari Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT), Datuk Shabudin Abdul Wahab dari Covid Research Centre, Asian Heritage Museum (AHM) Group, Tunku Azwil Tunku Abd Razak dari Gabungan NGO Islam (GNI) serta pakar farmakologi dan toksikologi klinikal Prof Dr Mustafa Ali Mohd.
Kenyataan itu juga menyebut Ivermectin disenaraikan sebagai ubat penting untuk anti-parasit oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan sudah diluluskan oleh Pentadbiran Ubat Kebangsaan (FDA) Amerika Syarikat, serta sudah banyak kajian yang mendapati ia sangat berkesan untuk mencegah dan merawat COVID-19.
Ivermectin dikatakan dicipta di Jepun pada 1975 dan sebanyak 3.7 bilion dos sudah diedar ke seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Ivermectin
#COVID-19
#Dr Abd Kadir Warsi Mohamad
#PPIM
#Patriot
#AHM
#Dr Mustafa Ali Mohd
#WHO
#FDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan