Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif dalam menentukan bilangan ahli dalam Kabinet yang diterajuinya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata tidak salah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik 37 orang menteri serta 32 orang timbalan menteri.
Tambah beliau, ramai ahli Kabinet diperlukan bagi mendepani cabaran dunia moden.
"Ini selaras dengan pertumbuhan pesat Malaysia serta bagi menghadapi cabaran baharu dalam dunia tanpa sempadan," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP.
Ngeh sebelum ini mempersoalkan saiz Kabinet Malaysia kini jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelumnya.
Kata Azalina lagi, setiap menteri dan timbalan menteri dilantik mempunyai pengkhususan dalam portfolio masing-masing bagi memastikan segala perancangan agenda dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"Ini seterusnya memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya," jawab Azalina.
Hafiz Marzukhi
Tue Nov 24 2015
AZALINA: Setiap menteri dan timbalan menteri dilantik mempunyai pengkhususan dalam portfolio masing-masing
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Perdana Menteri ada hak prerogatif tentukan bilangan ahli Kabinet - Azalina
Tidak salah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik 37 orang menteri serta 32 orang timbalan menteri.