awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg

Bernama
Bernama
06/09/2024
23:15 MYT
Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg
Perdana Menteri Anwar teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan negara itu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
VLADIVOSTOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT berkata, beliau teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan Rusia dan menambah beliau ingin berkunjung ke St.Petersburg dan Moscow.
"Saya teruja, saya akan katakan dalam syarahan saya hari ini bahawa saya lebih mengetahui Rusia menerusi novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy ... saya berhasrat untuk melihat Moscow dan terutamanya St.Petersburg, yang saya fikir sebuah daripada bandar raya yang menakjubkan di dunia" kata Anwar, lapor Sputnik.
Perdana Menteri Malaysia itu tiba di bandar pelabuhan Pasifik Rusia, Vladivostok untuk lawatan selama dua hari bersempena Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Rusia
#kesusasteraan
#St Petersburg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan